Sayalah Juara!
Usia Nufail menghampiri 1 tahun tidak lama lagi. Gelagat aktifnya menghiburkan hati.
Pada usia begini, anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perilaku di sekelilingnya. Sebagai contoh, abang dan kakaknya suka menulis, dia pun meminta pensel. Namun begitu, keselamatannya perlu dititikberatkan kerana pada usia begini juga dia belum tahu berfikir seperti abang dan kakaknya yang sudah berusia 2 tahun ke atas.
Emosinya juga amat sensitif ketika ini. Pantang ditegur dan dijeling, mulalah mukanya 'monyok menagih simpati'. Tidak sampai hati melihatnya begitu.
Ulasan
Catat Ulasan
Kritikan dan komen anda amat saya hargai. Terima kasih.