Isnin, 5 Januari 2015

Berkelah Di Tagal Kampung Poturidong Kiulu

MUS_7585

Cuti sekolah kali ini kami tidak balik ke kampung di Sarawak. Kami cuma habiskan hujung minggu jalan-jalan dan berkelah berdekatan dengan rumah sahaja. Sebelum cuti Krismas yang lepas, kami berkelah di Tagal Kampung Poturidong, Daerah Kiulu.

Kiulu memang terkenal dengan aktiviti sukan lasaknya terutama 'White Water Rafting', aktiviti lasak meredah jeram yang menjadi kegemaran ramai. Saya sendiri teringin hendak mencuba aktiviti ini tetapi belum ada kesempatan.

Terdapat banyak 'port' yang menarik untuk berkelah. Kali ini kami ke Tagal Kg. Poturidong. Perjalanan hampir 30 minit dari rumah terbalas dengan kesejukan air sungai dan layanan seperti spa oleh ikan yang ditagal.

Suatu Pagi Di Pekan Kundasang

MUS_7304

Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Awal Disember tahun lepas saya ke Kundasang menghadiri kursus anjuran jabatan. Masa terluang sebelum sesi kursus bermula saya guna sebaik mungkin untuk merakam keindahan Pekan Kundasang yang dihiasi dengan latar belakang Gunung Kinabalu.

Suasana pagi yang nyaman dan sejuk. Penduduk sibuk dengan aktiviti jual beli hasil tanaman.

Artikel berkaitan di sini.

Sabtu, 13 Disember 2014

Kehijauan Di Mount Kinabalu Golf Club, Mesilau

Untitled Untitled Untitled Untitled Minggu lepas saya ke Mount Kinabalu Golf Club. Tujuan ke sana bukannya untuk bermain golf tapi sekadar mengambil gambar sahaja. Kehijauan di lapangan yang serba hijau sungguh menenangkan disamping suhu dingin kaki Gunung Kinabalu yang segar.
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...