Isnin, 5 Januari 2015

Berkelah Di Tagal Kampung Poturidong Kiulu

MUS_7585

Cuti sekolah kali ini kami tidak balik ke kampung di Sarawak. Kami cuma habiskan hujung minggu jalan-jalan dan berkelah berdekatan dengan rumah sahaja. Sebelum cuti Krismas yang lepas, kami berkelah di Tagal Kampung Poturidong, Daerah Kiulu.

Kiulu memang terkenal dengan aktiviti sukan lasaknya terutama 'White Water Rafting', aktiviti lasak meredah jeram yang menjadi kegemaran ramai. Saya sendiri teringin hendak mencuba aktiviti ini tetapi belum ada kesempatan.

Terdapat banyak 'port' yang menarik untuk berkelah. Kali ini kami ke Tagal Kg. Poturidong. Perjalanan hampir 30 minit dari rumah terbalas dengan kesejukan air sungai dan layanan seperti spa oleh ikan yang ditagal.

Air sungai agak deras kerana hujan sepanjang malam. Pihak tagal yang diketuai En. Juara Gindal berjaga-jaga dengan keadaan seperti ini bagi mengelak perkara yang di luar dugaan terjadi. Syukurlah, kami selamat berada di sana.


MUS_7553 MUS_7557 MUS_7559 MUS_7590 MUS_7588 MUS_7587 MUS_7584 MUS_7563 MUS_7578 MUS_7574 MUS_7564

Artikel berkaitan, sila rujuk di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kritikan dan komen anda amat saya hargai. Terima kasih.

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...