Bermalam Di Borneo Golf & Country Club, Bongawan

Hujung minggu lepas kami ke majlis perkahwinan rakan sepejabat saya. Jadi, kami mengambil kata sepakat untuk bermalam di Borneo Golf & Country Club, Bongawan.
Kebetulan juga, janji nak bawa anak semasa cuti sekolah lepas belum ditunaikan.
Saya suka menginap di sini kerana ianya agak jauh dari jalan utama dan kebisingan. Damai dan tenang terutamanya semasa awal pagi.
Padang golf yang hijau dan langit yang biru cukup menenangkan. Bilik penginapan kami berhadapan dengan kolam renang. Boleh dikatakan, buka pintu boleh terus terjun ke kolam. Anak-anak yang sangat teruja hendak mandi kolam.
Soal keselamatan memang saya titik beratkan. Saya dan isteri masing-masing memainkan peranan menjaga keselamatan anak-anak.
Ulasan
Catat Ulasan
Kritikan dan komen anda amat saya hargai. Terima kasih.